Diri ini telah ketandusan idea untuk meneruskan semangat dalam aktiviti blogging sebegini. Tak seperti dahulu yang sentiasa dilimpahi idea untuk update entri sehingga kadangkala memuakkan. Errr. Jika dahulunya blog ialah teman setia tapi sekarang blog ialah musuh ketat. Musuh ketat kerana blog sudah tak memahami isi hati diri ini. Oh sadisnya.
Otak ligat mencari perkataan yang sesuai digunakan tapi hati masih mengatakan bahawa ia tak memberi kepuasan! bentak hati ini. Apa yang sebenarnya hati ini mahu kan? kepuasan apakah yang ia dambakan? diri ini hanya manusia biasa yang tak mampu untuk memuaskan dalam segala hal. Berkecil hati.
Ketika ini diri masih tercari-cari di mana letaknya button setting menyetting yang selok main sorok-sorok macam harom nie. Tak jumpa dan hampa. Banyak perkara yang kadangkala agak menyesakkan otak. Oh beratnya.
Terkadang diri ini terlalu leka sehingga mengabaikan banyak perkara penting. Sesungguhnya diri ini hanya manusia biasa. Assalammualaikumwarahmatulahiwabarakatuh.
No comments:
Post a Comment